Feeds:
Posts
Comments

Bab Tiga: Scene


Apakah itu Scene

Mungkin anda pernah mendengar perkataan ini di dalam proses pembikinan sesebuah filem. Di dalam konteks perfileman, scene bermaksud bahagian-bahagian kecil di dalam filem tersebut. Sebagai contoh, di dalam sebuah filem mungkin ada scene di dalam rumah, scene kemalangan, scene pertempuran dan sebagainya. Di dalam flash, maksud scence tidak jauh bezanya dengan konteks di atas. Scene adalah bahagian-bahagian kecil di dalam flash movie.

Bagaimana mewujudkan scene di dalam flash

Jika kita lihat kembali hasil kerja motion tweening di bab sebelumnya, sebenarnya animasi tersebut dilakukan di scene 1. Lihat pada kekotak merah bernombor 1 di dalam Rajah 21 di bawah. Pada kekotak merah bernombor 2 pula akan dipaparkan senarai scene yang ada di dalam movie kita dan kita boleh memilih scene untuk diedit daripada senarai ini. Memandangkan dalam animasi motion tweening ini cuma terdapat satu scene sahaja maka hanya satu scene disenaraikan.

Continue Reading »

Bab Empat: Button


Apakah itu button

Dalam Skop Pengkomputeran, button merujuk kepada satu bahagian dalam satu perisian yang akan menjalankan sesuatu tugas bila diklik. Dalam perisian multimedia, button banyak digunakan untuk proses navigation. Navigation di sini bermaksud perpindahan dari satu bahagian ke bahagian yang lain dalam perisian multimedia tersebut. Di dalam flash, untuk melakukan tugas ini, kita akan memberikan satu arahan kepada button untuk dijalankan bila ianya diklik. Arahan ini adalah dalam bentuk action script.

Bagaimana menggunakan button di dalam flash

Jika anda lihat kepada animasi yang anda lakukan sebelum ini, animasi tersebut akan terus berjalan berulang-ulang tanpa henti. Kita akan menambahkan dua button untuk mengawal pergerakan animasi tersebut. Satu button di dalam scene no 1 dan satu lagi di dalam scene no 2.

Kita mulakan dengan scene no 1. Sebelum membuat button, kita perlu membuat satu LAYER baru di dalam Timeline bagi scene no 1. Untuk membuat satu layer baru, klik pada ikon (perhatikan kedudukan mouse pointer) seperti yang ditunjukkan pada Rajah 26 di bawah. Ubah nama LAYER tersebut kepada button_1.

Continue Reading »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.